Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bina blog ini bertujuan untuk membantu golongan belia, di mana jua mereka berada, mengikut kemampuan, pengalaman dan kepakaran yang saya miliki. Saya akan menulis mengenai pengalaman bekerja saya untuk tatapan serta pengetahuan anda semua. Dahulu saya berkerja dengan jabatan kerajaan dan saya menyumbang terus kepada usaha pembangunan masyarakat. Setelah berkhidmat selama 32 tahun, kini saya sudah bersara, tetapi saya merasakan perlu untuk meneruskan sumbangan dalam bentuk bimbingan, nasehat, idea, ilmu, dan pengalaman tertentu kepada masyarakat kita khususnya kaum Bumiputra.
Kenapa saya memilih golongan belia? Bukan sahaja kerana individu yang tergolong di dalam kumpulan ini paling ramai, lebih penting lagi saya melihat jika kita hendak memajukan orang Melayu di masa yang akan datang, kita kena buat sesuatu kepada golongan belia hari ini. Sejajar dengan tajuk belia tiang negara. Jika tiang-tiang negara ini rapuh, negara boleh runtuh. Masa depan bangsa dan agama kita akan turut terancam.
Sungguh pun saya senantiasa merujuk kepada perkataan belia, ini tidak bererti golongan remaja dan veteran lain tidak sesuai atau boleh mengikuti apa yang saya akan ketengahkan di dalam blog ini dari masa ke semasa nanti. Peranan, idea, ulasan dan pandangan anda semua juga di alu-laukan.
Skian
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment